Hafiz & Elmy Nahida

By: Hafiz Elmy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 21-Oct-2005 00:00 Email | Share | Bookmark
Lagi Jemputan Berbuka...

Masa ni tengah makan nasi dengan ayam panggang....
Haidir dan isteri, amy, dan jiran dari Khazakstan...
Anak Haidir no. 2 dan no. 3
Alah malunya si kecik ni...mula-mula je tu....
Hafiz kalau dah dapat ayam panggang, tak toleh org belakang dah.
Ha...dah tak malu lagi kan...
Tengah berborak sementara menunggu teh...
Sampai jugak hajat nak makan chocolate. Di jamin halal....
Kenangan yang tak mungkin dilupakan.Hafiz & Haidir...
Ibu yang penyayang....


Memang murah rezeki kami di bulan Ramadhan ni. Ada je orang yang sudi menjemput berbuka. Baru-baru ni, Haidir (Turkish) owner of salah satu kedai runcit di sini menjemput kami berbuka di rumah dia. Apa lagi, pucuk di cita, ulam mendatang. 2 hari sebelum pergi, Haidir dah tanya nak makan apa...harap-harap lauk yang di hidangkan memenuhi selera. Tapi yang menariknya di sini, Haidir ni tak tahu langsung bercakap dalam bahasa inggeris. Hanya bahasa isyarat tangan je lah yang menjadi penghubung di antara kami....

Isteri dan anak-anak Haidir sangat ramah. Mujurlah isteri dia boleh bercakap dalam bahasa inggeris. Walaupun tak berapa fasih, ia sudah cukup memudahkan kami untuk berbicara.

Waktu Maghrib dah pun masuk. Kami dihidangkan dengan buah tamar, 2 jenis sup ayam, roti dan air coca-cola. Tau-tau je lah orang Turki ni, makan roti bukan boleh sikit-sikit. Second course, kami di hidangkan pula dengan nasi berlauk kan sayur dan ayam panggang. Perggghhh....ayamnya sedap macam kenny rogers. Lepas tu pulak, selesai bab nasi, di hidangkan pulak dengan kuih traditional. Manis tak boleh nak cakap.....

Lepas solat maghrib, borak kat sofa, sambil tengok siaran bola sepak liga Turki. Not bad jugak diaorang main. Lagi makan lagi....kali ni kami dihidangkan dengan kacang pistachio, chocolate dan tea. Kenyang sampai tak leh bangun....Apa-apa pun, kami sangat enjoy malam tu. Haidir dan wife dia treat kami macam keluarga dia sendiri....terharu kami. Kami lepak sampai pukul 11.30 malam..

Sebelum balik, dia bekal kan kami pulak dengan macam-macam makanan....tak tahu lah nak cakap dengan Haidir ni. Baik betul dengan kami.....semoga Allah murahkan rezeki dia sekeluarga.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net