Hafiz & Elmy Nahida

By: Hafiz Elmy

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 15-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Balik Malaysia

last minute shopping..
 
spring yg panas
View all 10 photos...
Lama betul tak update fp ni..dihimpit kesibukan yang tak tertahan..sibuk balik Malaysia walaupun 2 bulan di sana untuk kajian thesis, tak sempat nak upload gambar mahupun cerita. banyak aktiviti2 yang telah disusun atur. ramai lagi saudara mara dan kawan2 yang tak sempat dijengah. Maaf banyak2 semua. InsyaAllah...bulan september nanti kita jumpa lagi yek. Rindu benar rasanya dengan semua keluarga di sana. doakan kami selalu.....


Dalam train terminal antarabangsa ke domestik.

Bestnya dah sampai KLIA...tak sabar nak jumpa family...


Saturday, 31-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Malaysian Gathering cum Housewarming cum Farewell party.

 
 
 
View all 5 photos...
Ambil kesempatan untuk berjumpa dengan warga Malaysia di Belgium & border part Holland. Yeong & Janice merangkap Datuk Bandar Gent dengan berbesar hati meraikan kami semua ke rumah barunya. Antara yang turut hadir ialah, Abg Mazli & Kak Kis serta anak2 dan Wan dari Antwerp. Lah dari Brussels, Abg Zam & Kak Zue serta anak2 dari Tenuzen. Majlis makan tengahari yang berlangsung dengan meriahnya diikuti dengan Gent Seightseeing trip sebelah petangnya. Seronok sangat berjumpa dengan warga2 Malaysia di sana. Semunya ramah dan mesra.....sedih betul nak tinggalkan Gent. namun apakan daya..disebabkan asyik dengan mengambil video, tak banyak gambar yang di ambil...beberapa keping jer ader....


Thursday, 29-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kemana kami menghilang....?

 
 
 
View all 12 photos...
Lama betul tak update...sibuk yang teramat...balik Gent untuk settlekan isu2 di sana. Flight kul 2.00 petang 28 March 2007 lalu. Alhamdulillah, sempat sampai dalam pukul 1.15 pm walaupun kelam kabut dok mencari gate tak jumpa. Sampai di kaunter terus hulur tiket & passport. Dalam 15 minit tak selesai lagi. Officer tu siap telefon dan bercakap lama jugak melalui phone taktau dengan sapa dan sebab apa kerana tak paham German sgt. Pas tu dia pun letak phone setelah dia cakap "Alles clar"...fuh lega..sebab kalau German ni, kalau dia cakap cam tu means semua clear la....jangan dia cakap "ah...sooo" tu mesti ade yg tak kene.. Diatu pun terang la kat kitaorg. Sebenarnya flight number berlepas pagi tadi kul 10.30am. tp travel agency silap tulis flight kitaorg kul 2.00 pm. nasib baik mereka akan usahakan kami fly jugak ke Belgium samaada melalui Frankfurt atau dengan Swiss Air petang nanti. Alhamdulillah la......pas tu dia suruh tunggu kejap untuk confirmation....

Lagi 20 minit nak pukul 2pm, dia panggil dan dah dapatkan boarding pas untuk kami...berkejaran masuk check in...Alhamdulillah la....dapat juga berlepas......

Sampai Gent pukul 3.15pm. Naik train ke Gent. Panas betul cuaca di Gent..naik bas pulak, tersesat....sementara nak sampai rumah lama..baru 6 bulan tinggalkan gent dah lupa arah bas....lawak betul...

Alhamdulillah....akhirnya sampai rumah lama.....dapatla berehat kejap...


Packing barang, kemas rumah....Hairy Abi dan Kak Zahidah pulak invite dinner. Sedih jugak rasanya nak meninggalkan Gent nih..





Thursday, 8-Feb-2007 17:56 Email | Share | | Bookmark
jom Main Snow...

depan rumah jer...
 
 
View all 8 photos...
walaupun sekelumit cuma snow yang turun tahun ni, Alhamdulillah la...kesian saudara2 lain di kawasan yang dilanda salji tebal dan ribut salji. kami di sini Alhamdulillah suhu tak extreme sangat. cuma sekitar -4 hingga 10 degree Celsius ja.. kalau tak pening jugak nak pegi kelas dan ke sana sini. nak main ski masa dan ongkos tak mengizinkan. InsyaAllah ader rezeki sampai la hajat.





Thursday, 25-Jan-2007 16:41 Email | Share | | Bookmark
bilamana UniKL dan Ghent University mementerai janji...

 
 
 
View all 7 photos...
Gempak tak tajuk tuh....sebenarnya rombongan UniKL yang terdiri dari Timb. Presiden Akademik, Prof. Azemi, GM, Dekan MSI & Head of Section dtg survey tempat untuk lecturer buat Master & pHD. di samping tu nak buat collaboration dan hubungan ilmiah bagi mengeratkan persaudaraan yang sedia ada..disebabkan ader kelas dan kursus, maka Hafiz berbesar hati manjadi wakil Berlin ke Ghent cum tourist guide. Short notice, tiket flight sangat la mahal. dia ambil keputusan naik bas. kesian cik abangku sayang....10 jam dlm bas sampai Anterwerp jam 4.30 am. Naik train plak pegi Ghent. Alhamdulillah, semuanya selamat. Seronok sangat dapat jumpa dan menolong geng UniKL di Ghent. Gumbira mereka semuanya kata Hafiz. Rundingan yang dibuat dengan Ghent Uni & Leuven Ghent Business School pun berjalan lancar...








[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net